Manusia. Dikejarnya wang.
Tetapi acapkali wang yag membelenggu dirinya.
Begitu hebat sekali penangan wang ya?
Sampai-sampai manusia berhati luhur boleh menjadi gelap mata akibat terperdaya dek wang.
Sungguh, wang adalah summber segalanya.
Manusia yang jahat dapat berpura baik manakala manusia yang baik bertukar munafik.
Semuanya kerana wang.
Akan tetapi wang merupakan punca pencarian untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.
Tanpa wang, hidup manusia tidaak berkelana.
Manusia juga hilang pertimbangan.
Besarnya kuasa dan pengaruh wang saat ini.
Tapi apa yang boleh dilakukan?
Kerana hanya dengan wang sahaja yang dapat merancakkan semua kegiatan di atas muka bumi.
p/s : pengaruh wang ada baik dan ada yang buruk. Maka, jauhilah yang buruknya kerana bila berada daalam kekangan wang, hidup akan jadi berantakan dan kucar-kacir. Tiada lagi ketenangan yang dapat dirasa dalam diri kecuali tawaduk kepada Sang Pencipta.